Sekolah Kebangsaan Kepayan, Kota Kinabalu

Sekilas

Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) 2009

Salam sejahtera.

Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan di Dewan Penjara Kepayan pada 19 November 2009 (Khamis) bermula pukul 7:00 - 12:00 tengahari.

Sumber gambar daripada Facebook Mohd Sham Saiman.

Mohd Sham Saiman | Create Your Badge

Home Berita Program LINUS

Program LINUS

Salam sejahtera.

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang akan dilaksanakan di semua sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. SK Kepayan akan memulakan program LINUS bermula minggu hadapan.

Perihal Program:

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Matlamat :

Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.

Literasi = celik huruf

Numerasi = celik nombor

Penerangan tentang Literasi (berkaitan dengan kemahiran dalam modul yang kami tulis)

Definisi Literasi

Literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian .

Objektif Program

Literasi adalah memastikan pada akhir program Pencapaian Literasi , murid dapat :

i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.

ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran

iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung.

Pendekatan Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat. Memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis. Guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis .

Screening 1 (March) No No LINUS Yes

Cikgu Josephina menyampaikan taklimat berkenaan dengan Program LINUS kepada para ibu bapa.

 

Sekian.

 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday3
mod_vvisit_counterYesterday108
mod_vvisit_counterThis week260
mod_vvisit_counterThis month2387
mod_vvisit_counterAll247023